,

Resipi sup ikan merah

Menariknya hari ini,  saya ingin kongsikan satu resepi sangat mudah cara penyediaan  dan  yang pasti ianya merupakan hidanga yang disukai ramai.

Sebut sahaja sup ikan merah, pasti  ada yang dah terliur. Tanpa membuang banyak masa, berikut saya kongsikan resipi sup ikan merah.  Untuk wanita yang bekerja pun boleh terus masak sup ika merah selepas balik bekerja. Mudah, cepat dan sedap.  Suami puji anak pun suka.

Bahan-Bahan:

1 ekor ikan  merah

3 Ulas Bawang Putih

3 Ulas bawang Merah

1 inci Halia

1 biji Kentang

1 biji Tomato

4 cawan air

½ senduk minyak masak

Daun Sup

Rempah Sup

 

Cara-Cara Penyediaan :

 

#1. Tumbuk /kisar bawang putih, bawang merah dan juga halia. Sementara itu, panaskan ½ senduk minyak masak ke dalam kuali.

 

#2.  Minyak dah panas, masukkan pula bahan-bahan yang ditumbuk tadi. Apabila dah naik bau bahan tumis tadi, masukkan pula rempah sup. Kacau rata sehingga nak bau.

 

#3. Masukkan pula ikan seterusnya 4 cawan air. Kemudian boleh masukkan pula kentang yang telah siap dipotong 6. Tutup periuk dan tunggu sehingga mendidih.

 

#4. Setelah mendidih, masukkan pula tomato yang telah siap dipotong 4.

 

#5. Akhir sekali, taburkan  daun sup dan  siap sedia untuk dihidangkan. 

Shares

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Kek Minyak Warna-Warni